KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- 'Laluan Nostalgia 2001' melibatkan dua negeri iaitu Selangor dan Negeri Sembilan yang pernah mengesahkan dominasi skuad lebuh raya Malaysia pada Sukan SEA 2001 disahkan sebagai laluan rasmi pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017, bulan depan.
KUANTAN, 25 Julai (Bernama) -- Kira-kira 300 peserta telah menyertai Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan peringkat daerah Kuantan, bermula di Kompleks Belia dan Sukan di sini, hari ini.
SEPANG, 24 Julai (Bernama) -- Juara dunia lontar peluru Muhammad Ziyad Zolkefli percaya kejayaan boleh dikecapi dengan persediaan rapi namun, beliau tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi pada Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Ogos ini.
SEPANG, 24 Julai (Bernama) -- Selepas tiga pingat emas buat Malaysia di Sukan Paralimpik Rio 2016, imej atlet paralimpik negara berubah 360 darjah apabila mereka menjadi perhatian dan tumpuan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membelanjakan kira-kira RM10 juta untuk memperindah bandar raya ini sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan depan.
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk memilih tuan rumah baharu Sukan SEA ke-30 selepas Filipina menarik diri daripada menjadi penganjur temasya dwitahunan itu pada 2019.
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Atlet petanque negara Nur Thahira Tasnim Abdul Aziz tidak gentar untuk berdepan juara dunia dari Thailand, Phantipha Wongchuvej dalam acara beregu wanita pada Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Wartawan sukan daripada negara ASEAN melawat Bandaraya Sukan Kuala Lumpur yang dinaik taraf bagi menampung kejohanan Sukan SEA 2017 bulan depan.
BALIK PULAU, July 21 (Bernama) -- Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) sudah bersedia untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam percuma kepada semua atlet, pegawai, sukarelawan serta anggota media sepanjang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bulan depan.
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Prestasi cemerlang yang ditonjolkan penerjun negara Cheong Jun Hoong di Kejohanan Akuatik Dunia FINA menambah peluang buat sukan terjun mengumpul lebih banyak pingat pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).