Oleh Hasnah Jusid

LANGKAWI, 29 Ogos (Bernama) -- Siapa sangka, atlet pelayaran negara yang menyumbang emas untuk kem Malaysia hari ini, melalui kategori Optimist Boys, Muhammad Fauzi Kaman Shah pernah dipukul ibunya, hanya kerana tidak berminat dengan sukan tersebut.
NILAI, 29 Ogos (Bernama) -- Malaysia meraih pingat emas ketiga pada hari terakhir pertandingan berbasikal trek Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan memenangi acara Kejar-Mengejar Berpasukan di Velodrome Nasional di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berpuas hati dengan kutipan hanya satu pingat emas pada Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) walaupun tidak mencapai sasaran awal dua pingat emas pada temasya dwitahunan itu.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Skuad pencak silat Malaysia melakar sejarah baharu, apabila mencatatkan prestasi terbaik dalam Sukan SEA selepas merangkul separuh daripada 20 pingat emas yang dipertandingkan pada temasya dwitahunan itu kali ini.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Taekwondo Malaysia (TM) gagal menepati sasaran empat pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas mengutip dua perak dan dua gangsa pada hari terakhir acara itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Malaysia hari ini beroleh pingat gangsa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dalam acara angkat berat kategori 77 kilogram (kg) menerusi aksi Loro Wellkinson Peuji.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Petinju muay negara Ain Kamaruddin menang bergaya hari ini setelah menumpaskan petinju Thailand, Thachtana Luangphon dalam kategori 54-57kg, Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Indonesia bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan Myanmar 3-1 untuk meraih pingat gangsa bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, hari ini.
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Gandingan negara Wendy Ng Yan Yee-Nur Dhabitah Sabri menyumbang emas kesembilan dalam acara terjun Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil hari ini.
SHAH ALAM, 29 Ogos (Bernama) -- Seorang penyokong bola sepak negara menampilkan kelainanan apabila lengkap berpakaian baju Melayu untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan SEA ke-29 di sini, hari ini.